Buat Bajet Perkahwinan Yang Bersesuaian Dengan Anda

Alam perkahwinan merupakan sebuah kehidupan berpasangan yang penuh dengan cabaran, dugaan dan rintangan. Bagi mereka yang berjaya mengharungi alam baharu ini, sudah pasti menarik nafas lega kerana setiap apa yang diimpikan sudah pun terlaksana. Antara perkara mustahak yang sentiasa ‘menghantui’ minda pasangan mempelai sebelum berlangsungnya hari bahagian adalah berkenaan dengan bajet perkahwinan mereka.

Setiap orang pastinya menyimpan angan-angan untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka di dalam suasana yang paling meriah. Walau dalam apa jua situasi, pasangan mempelai seharusnya meraikan majlis perkahwinan dalam suasana yang penuh dengan kegembiraan, kepuasan dan menepati bajet perkahwinan yang telah dipersetujui bersama.

Bajet perkahwinan seharusnya dibincangkan bersama dan mendapat persetujuan antara kedua belah pihak. Pasangan pengantin harus berbincang dengan keluarga masin-masing tentang persiapan perkahwinan yang merangkumi lokasi majlis diadakan, bilangan tetamu yang hadir, kelengkapan persalinan dan semua perkara yang memerlukan belanja yang besar. Harus diingat, majlis perkahwinan ini adalah majlis anda dan anda lah orang yang bertanggungjawab mengaturkan sendiri bajet perkahwinan tersebut.

Bajet Perkahwinan RM 10,000- RM 15,000

Kesederhanaan itu adalah amat penting di dalam melangsungkan majlis perkahwinan. Kehidupan selepas berkahwin juga memerlukan belanja yang besar. Jadi anda hanya mengehadkan sejumlah wang ini untuk melangsungkan majlis. Jumlah ini juga sudah cukup memadai dilakukan di rumah dengan dihadiri oleh kaum keluarga, sanak-saudara serta rakan-rakan agar dapat sama-sama memeriahkan lagi majlis anda.

Bajet Perkahwinan RM 16, 000-RM 25, 000

Jumlah bajet yang anda pilih ini berpadanan dengan majlis yang ingin diadakan di rumah sahaja kerana bajet ini masih belum mencukupi untuk anda adakan majlis di hotel. Namun begitu usah risau kerana majlis masih lagi boleh dijalankan dengan sempurna. Masih banyak barang keperluan yang boleh anda peroleh dengan bajet sebanyak ini.

Bajet Perkahwinan RM 26,000-RM 35,000

Jumlah ini sudah cukup untuk anda mengadakan majlis secara meriah di hotel mahu pun di dewan yang berdekatan dengan lokasi tempat tinggal anda. Anda boleh menghadkan jemputan sekiranya anda dan pasangan merasakan bahawa majlis di hotel hanya untuk resepsi perkahwinan untuk kenalan terdekat sahaja dan majlis di rumah diadakan untuk semua yang mengenali diri anda dan pasangan.

Tips Membuat Bajet Perkahwinan

Terdapat beberapa tips yang boleh digunakan pakai pasangan mempelai bagi memastikan majlis yang ingin dilaksanakan tidak terlebih bajet dan peruntukan.

  1. Kenal pasti bentuk perkahwinan - Sebagai pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga seharusnya anda mengenal pasti terlebih dahulu bentuk perkahwinan bagaimana yang menjadi impian anda. Persetujuan harus dibuat supaya anda dan juga pasangan berpuas hati.
  2. Senaraikan kos - Ini adalah perkara utama yang harus anda lakukan. Senaraikan semua perkara yang memerlukan anda mengeluarkan kos tidak kira bajetnya rendah atau pun sebaliknya. Sekiranya anda dapati perkara yang anda inginkan mempunyai pilihan, buatlah pilihan dengan bijak seperti memilih pakej perkahwinan yang murah, berbaloi dan menepati cita rasa kedua belah pihak.
  3. Elakkan membuat pinjaman - Pinjaman peribadi yang terlalu besar jumlahnya boleh ‘menjerat’ diri anda sendiri.  Jumlah pinjaman peribadi yang banyak akan mengheret anda membuat pembayaran dengan jangka masa yang panjang. Seharusnya sebelum berkahwin anda dan pasangan merangka satu plan pembiayaan dan simpanan bersama yang boleh digunakan untuk menjayakan majlis perkahwinan anda nanti. Bajet perkahwinan tidak seharusnya menyusahkan kehidupan anda kelak.
  4. Simpan rekod dan resit - Adalah penting bagi anda untuk menyimpan ke semua rekod dan resit pembelian untuk dikira semula selepas selesai majlis. Adakah bajet yang anda keluarkan berlebihan atau pun sebaliknya. Berbelanjalah dengan bijak dan teratur akan membuatkan anda tidak pening kepala memikirkan hutang selepas majlis.
  5. Bandingkan harga - Tidak salah sekiranya anda ingin membandingkan harga dari satu kedai ke satu kedai yang lain untuk urusan pembelian barangan serta kelengkapan majlis perkahwinan. Jika bersesuaiancubaminta sebut harga daripada pembekal barangan agar anda boleh membuat kira-kira sebelum mengeluarkan wang dengan jumpa yang banyak.

Love & Relationships - Recommended Websites

Here are some related websites where you can find more great information.

  • Rahsia Menambat Nafsu Suami Anda tidak perlu menjadi cantik semata-mata untuk disayangi kerana kepakaran anda di ranjang akan menjadikan anda sentiasa cantik dan hebat...
  • Strategi Kahwin dan Kaya Panduan persediaan perkahwinan tips jimat belanja perkahwinan dan pengurusan kewangan rumahtangga
  • Doa Pengasih - Atasi Masalah Percintaan Anda! Panduan Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Rumah Tangga Atau Percintaan Anda Cuba Dahulu Sebelum Berserah
  • Tips Rumahtangga Bahagia Ketahui Bagaimana Menjadi Pasangan Suami Isteri Yang Hidup Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat

Keyword Here - Comments

Download Ebook Sekarang!

Masukkan nama dan alamat emel anda untuk muat turun ebook percuma "Panduan Asas Persediaan Perkahwinan Untuk Pengantin Baru"

Ebook

download