Door Gift Perkahwinan - Cenderahati Ringkas

Pemberian door gift perkahwinan sememangnya wajib dalam sesebuah majlis yang diadakan, terutamanya dalam majlis perkahwinan Melayu.

Tidak kira apa juga door gift perkahwinan sama ada besar mahu pun kecil, tujuan pemberiannya seharusnya satu-sebagai tanda kenangan atau tanda ucapan terima kasih kepada tetamu kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk hadir dan memeriahkan majlis perkahwinan yang dilangsungkan.

Door gift perkahwinan kalau cantik, unik dan berharga, ia akan disimpan sebagai perhiasan atau mungkin boleh dijadikan contoh untuk majlis sendiri. Sama ada membuat sendiri atau menempah, belanja yang dikeluarkan lebih kurang sama sahaja. Bagi mereka yang pandai membuat sendiri dan kreatif tentu lebih berpuas hati kerana dapat menyiapkan sendiri cenderahati untuk majlis yang penuh bermakna. Namun, yang kurang kreatif dan tidak mempunyai banyak masa, akan menempah sahaja cenderahati yang diingini.

Paling popular, bunga telur diberi kepada para tetamu yang hadir sebagai kenang-kenangan. Telur dipilih sebagai simbolik kepada “kesuburan“ agar pasangan yang berkahwin memperolehi anak dengan secepat mungkin, yakni tujuan perkahwinan itu sendiri. Walaupun tipikal dan agak konvensional, bunga telur merupakan pilihan pasangan mempelai yang tak lapuk dek zaman.

Selain daripada itu, terdapat beberapa barangan yang kerap menjadi pilihan door gift perkahwinan pada zaman kini. Contohnya, sabun. Pemberian yang sangat ringkas dan praktikal, biasanya diberi apabila majlis perkahwinan diadakan di hotel, resort atau chalet. Magnet peti sejuk juga semakin popular. Disebabkan faktor harga dan stok, magnet peti sejuk ini lazimnya ditempah di Indonesia. Pelbagai jenis rekaan boleh dipilih, selaras dengan tema dan warna majlis yang diadakan.

Surah Yassin juga tidak ketinggalan. Biasanya diberikan semasa majlis malam berinai pengantin, selain daripada harganya yang murah (jika beli borong), pasangan pengantin akan memperoleh pahala setiap kali surah Yasin tersebut dibaca. Paling afdhal antara semua door gift perkahwinan yang ada.

Lagi, tissue cover juga semakin kerap dipilih sebagai door gift perkahwinan. Bajet harga adalah dalam RM2.50 setiap satu (beli secara borong). Jenis material yang sesuai dengan tema perkahwinan adalah kain lace China dan bilah bulu. Apabila mengunjungi rumah saudara mara, sekiranya ternampak tissu cover yang diberi diruang tamu, sudah pasti dapat menyuntik rasa bangga kepada pasangan mempelai. Cenderahati yang lebih praktikal daripada bunga potpouri. Item-item peribadi lain yang selalu diberikan sebagai cenderahati VIP ialah mug, kotak tisu, coklat, glass coaster dan penanda buku.

Tidak dilupakan, tren yang paling terkini ialah kek cawan yang dihiasi aising pelbagai warna dan corak dan dibungkus dalam kotak yang dihias cantik. Pemilihan kek cawan atau lebih dikenali sebagai cupcake ini adalah kerana ianya boleh dihias sedondon dengan tema majlis yang dipilih.

Tidak kira apa jua jenis door gift perkahwinan yang dipilih, pastikan pemberian itu dihulur dengan penuh keikhlasan dan diterima oleh tetamu dengan senyuman manis yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Dan hendaklah diingat bahawa membazir dalam majlis perkahwinan harus dielakkan. Seharusnya, lebihan wang harus disimpan demi pendidikan zuriat yang bakal lahir demi masa hadapan yang cemerlang.

Malaysia Directory - Website and Business Directory for Malaysia

Love & Relationships - Recommended Websites

Here are some related websites where you can find more great information.

  • Tips Rumahtangga Bahagia Ketahui Bagaimana Menjadi Pasangan Suami Isteri Yang Hidup Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat
  • Strategi Kahwin dan Kaya Panduan persediaan perkahwinan tips jimat belanja perkahwinan dan pengurusan kewangan rumahtangga
  • Rahsia Menambat Nafsu Suami Anda tidak perlu menjadi cantik semata-mata untuk disayangi kerana kepakaran anda di ranjang akan menjadikan anda sentiasa cantik dan hebat...
  • Doa Pengasih - Atasi Masalah Percintaan Anda! Panduan Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Rumah Tangga Atau Percintaan Anda Cuba Dahulu Sebelum Berserah

Keyword Here - Comments

Download Ebook Sekarang!

Masukkan nama dan alamat emel anda untuk muat turun ebook percuma "Panduan Asas Persediaan Perkahwinan Untuk Pengantin Baru"

Ebook

download