Perkahwinan Melayu

Panduan Lengkap Perkahwinan Melayu

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga sudah pastinya mendambakan sesuatu yang istimewa untuk majlis perkahwinan mereka.

Tidak kira di mana jua lokasi majlis tersebut akan diadakan apa yang pasti persediaan rapi dari awal pertunangan harus diberi perhatian. yang harus diingatkan, anda dan pasangan haruslah berhati-hati sebelum membuat keputusan dan mengeluarkan bajet.

Setiap pakej yang ditawarkan tidak semestinya menepati citarasa anda sebagai pasangan pengantin baru.

Membuat perbandingan pakej perkahwinan merupakan tindakan terbaik yang dapat membantu anda mengeluarkan bajet berdasarkan kemampuan. Anda harus membuat kajian terperinci tentang jangkaan katerer, deko, andaman dan sebagainya yang berkaitan dengan majlis. Dengan cara ini, jika kos perbelanjaan terlebih bajet, anda masih boleh membuat sedikit perubahan pada saat-saat akhir.

Sekali lagi sila semak bajet anda bagi memastikan anda berada di dalam landasan yang betul dan tidak tersasar jauh dari bajet sebenar. Terdapat beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk anda benar-benar berpuas hati dengan pakej perkahwinan yang ditawarkan di butik yang menjadi pilihan.

Apa yang perlu anda titik beratkan adalah berkaitan dengan bajet. Mari kita lihat pakej apa yang boleh anda perolehi dengan bajet yang ada.

Memilih Hantaran Perkahwinan

  • Bajet RM30 – RM50 - Antara perkara utama yang sering menjadi perhatian ramai dalam sesebuah majlis perkahwinan adalah betapa indahnya gubahan hantaran yang dititipkan buat pasangan mempelai. Penggunaan bunga tiruan yang cantik boleh dijadkan hiasan untuk menyerikan lagu dulang hantaran.
  • Bajet RM70- RM150 - Menggunakan bunga dip, bunga stokin atau bunga kristal yang tampak lebih eksklusif. Manakala bekas hantarannya pula berkonsep kaca atau pun kotak yang cantik.
  • Bajet RM150- RM300 - Penggunaan bunga segar dan bunga kristal mewah menjadi pilihan. Ditambah pula dengan manik dan pilihan bakul dari jenis besi yang nampak lebih moden.  Untuk mengurangkan lagi kos dan bajet, anda boleh menggubah sendiri hantaran dengan menggunakan segala kreativiti yang ada.

Kamar Pengantin

Kamar beradu yang dihias cantik menjadi titik tumpu di dalam kediaman anda. Hiasilah kamar beradu anda dengan penuh kesenian dan keselesaan. Upah bagi dekorasi kamar beradu termasuk hiasan bunga adalah sekitar RM 500 hingga RM 1000.

Pelamin

  • Bajet RM400- RM1000 - Pelamin yang dipilih adalah pelamin yang paling asas. Pencahayaannya melibatkan penggunaan lampu dari jenis empat penjuru. Manakala perhiasan aksesori adalah termasuk kipas, kerusi jenis Cleopatra, bantal berinai, tempat merenjis dan segala kemudahan asas lain.
  • Bajet RM1,500- RM2,500 - Pelamin daripada ukiran kerawang dan latar belakang bercorak kayu digunakan. Pencahayaan melibat enam jenis lampu termasuk pada panel kayu pelamin. Perhiasan lampu pula adalah dari jenis lampu gantung berbentuk kristal yang cantik.

Foto

Bagi mengelakkan ketiadaan jurufoto pada saat akhir, anda digalakkan menempah awal segala persiapan yang berkaitan dengan fotografi perkahwinan. Harus diingat apabila tiba saat cuti sekolah atau musim perayaan khidmat jurufoto selalunya diperlukan untuk pelbagai majlis lain selain majlsi kahwin.

Bajet untuk fotografi ini harus setara dan anda digalakkan mengambil pakej yang bersesuaian dengan kemampuan anda. Sebelum majlis berlangsung anda boleh berbincang terlebih dahulu dengan jurufoto tentang ’pose‘ menarik yang boleh diguna pakai sewaktu majlis berlangsung dan jangan lupa untuk meminta jurugambar datang lebih awal ke majlis anda nanti.

 

 

Download Ebook Sekarang!

Masukkan nama dan alamat emel anda untuk muat turun ebook percuma "Panduan Asas Persediaan Perkahwinan Untuk Pengantin Baru"

Ebook

download

Ads