Perkahwinan Dude Herlino Dan Naysilla (Indonesia)

Gosip sememangnya menjadi ‘asam dan garam’ di dalam dunia hiburan. Tidak kiralah gosip itu benar atau pun tidak, ternyata sedikit sebanyak boleh menjejaskan reputasi atau pun menaikkan lagi nama seseorang artis itu.

Begitu jugalah yang terjadi kepada pelakonIndonesiayang namanya semakin meningkat naik ini. Dude Herlino sememangnya sangat popular dan menjadi pujaan ramai wanita di luarsana. Rata-rata wanita meminati setiap hasil karyanya dan menyimpan angan-angan untuk mendekatinya.

Tarikh 12 Disember 2009 pastinya menjadi bualan para peminat kepada pelakon sinetron Indonesia Dude Herlino ini. Gosip pernikahan pasangan romantik ini tersebar begitu cepat ke Malaysia dan menjadi tanda tanya apakah betul mereka benar-benar melangsungkan perkahwinan bersama wanita pilihannya Naysilla Mirdad.

Pasangan yang lebih dikenali sebagai Cahaya dan Intan ini nampaknya tidak begitu terkejut dengan gosip ini kerana mereka sudah bersedia menjawab pertanyaan orang ramai.

Menceritakan serba ringkas watak yang dijayakan oleh Dude Herlino di dalam sinetron terbarunya. Dude telah bernikah dengan pasangannya di hadapan sanak saudara dan tetamu yang dijemput memeriahkan majlis penuh bermakna. Dude Herlino dan Naysilla lengkap berpakaian ala Jawa semasa majlis pernikahan. Majlis itu dilaksanakan dengan penuh adat di daerah Ciputat, TengerangIndonesia.

Selepas acara akad nikah berakhir, mereka berdua serta kaum kerabat dan sanak saudara telah bergambar di hadapan pelamin indah yang direka khas untuk menjayakan sinetron terbaru lakonan mereka berdua. Pada hari pernikahan pasangan ini nampak begitu bahagia dan sepadan sekali.

Sememangnya pasangan ini sangat serasi dan sentiasa kelihatan bersama di dalam drama mahu pun di luar lokasi pergambaran. Sudah tentu peminat di Malaysia mahupun di Indonesia akan lebih gembira dan bahagia jika Dude Herlino memilih Naysilla untuk dijadikan permaisuri hatinya. Namun semua itu hanya terjadi di lokasi pergambaran sahaja. Perkahwinan Dude Herlino hanyalah sekadar lakonan!

Naysilla walau bagaimana pun  memang berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya lebih awal.  Melihat tradisi perkahwinannya keluarganya dimana kakaknya berkahwin dalam usia yang muda. Ibunya juga berkahwin muda seawal usia 22 tahun dan tidak salah rasanya jika Naysilla juga turut sama mengikut jejak tradisi keluarga Mirdad ini. Tetapi yang pasti Naysilla tidak akan memilih Dude Herlino kerana Dude Harlino hanyalah pasangannya di dalam sinetron sahaja.

Berita tentang majlis perkahwinan Dude Herlino menjadi topik perbualan hangat dan sekaligus menaikkan nama mereka sebagai artis paling sesuai untuk bercinta. Bagi Dude Herlino, dia perlu lebih bersikap profesional dan terbuka dalam menerima setiap berita yang disampaikan kepadanya kerana berita itu tidak semuanya benar belaka.

Adakalanya berita yang tidak elok boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang pelakon profesional. Dia juga harus menjaga nama baik keluarga dan orang yang terdekat dengannya. Tetapi dalam isu perkahwinan antara dirinya dengan Naysilla, Dude Herlino seakan bersetuju dengan komen-komen yang beranggapan mereka sebenarnya benar-benar bercinta.

Ternyata apa yang diharapkan para peminat tidak menjadi kenyataan kerana perkahwinan antara Dude Herlino dan pasangannya itu hanya berlangsung di dalam sinetron terbaru lakonan mereka berdua. Watak yang dilakonkan itu adalah watak dalam episod terakhir untuk sinetron yang bertajuk Doa dan Karunia.

Bagi Dude Herlino, Naysilla adalah seorang gadis lemah lembut yang diminati oleh ramai lelaki. Bertuahlah lelaki yang dapat mendampinginya dan beruntunglah lelaki yang dapat menjadikan dia permaisuri hati.

Love & Relationships - Recommended Websites

Here are some related websites where you can find more great information.

  • Rahsia Menambat Nafsu Suami Anda tidak perlu menjadi cantik semata-mata untuk disayangi kerana kepakaran anda di ranjang akan menjadikan anda sentiasa cantik dan hebat...
  • Tips Rumahtangga Bahagia Ketahui Bagaimana Menjadi Pasangan Suami Isteri Yang Hidup Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat
  • Doa Pengasih - Atasi Masalah Percintaan Anda! Panduan Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Rumah Tangga Atau Percintaan Anda Cuba Dahulu Sebelum Berserah
  • Strategi Kahwin dan Kaya Panduan persediaan perkahwinan tips jimat belanja perkahwinan dan pengurusan kewangan rumahtangga

Keyword Here - Comments

Download Ebook Sekarang!

Masukkan nama dan alamat emel anda untuk muat turun ebook percuma "Panduan Asas Persediaan Perkahwinan Untuk Pengantin Baru"

Ebook

download